Senin, 11 Februari 2008

Apakah Itu namanya Cemburu Ya

Norma Yunita nampak dengan jelas, gadis itu keluar dari perkarangan rumah Bayu Atmaja. Norma Yunita juga nampak Bayu Atmaja menghantar gadis cantik itu dengan lambaian dan senyuman yang ranum. Kata Bayu Atmaja, gadis itu adalah kaBayu Atmaja kecilnya. Tapi sejak gadis itu datang, Bayu Atmaja kian menjauh darinya, Bayu Atmaja kerap keluar bersama gadis itu. Hati Norma Yunita sakit! Bayu Atmaja jarang menelefonnya kini. Malah, kalau Norma Yunita call di rumah, selalu saja keluar. Handsetnya juga selalu suruh tinggalkan pesanan suara saja, bila ditanya kenapa, kata Bayu Atmaja habis bateri. Takkan sepanjang minggu habis bateri? Kalau dapat call pun Bayu Atmaja cakap sikit saja dengannya. Seolah tidak ada lagi topik yang menarik hendak di kongsikannya bersama Norma Yunita. Norma Yunita rasa bahang perubahan sikap Bayu Atmaja. Gara-gara kehadiran gadis cantik yang pulang dari London itu. Kononnya kaBayu Atmaja lama, entah-entah kekasih lama! “Gadis tu kan baru je datang dari luar negara, lagi pun mereka memang sahabat rapat dari kecil, memanglah banyak yang nak dibualkan setelah sekian lama tidak berjumpa.” Norma Yunita mahu percaya kata-kata Nina yang memujuknya itu. Tapi cemburu dihati Norma Yunita masih juga meronta-ronta tak mahu kalah. Tak boleh jadik nih! “Tapi Nina.. Bayu Atmaja dah berubah! Dia macam dah lupakan Norma .. macam dia dah malas nak jumpa atau sekurang-kurangnya berbual dengan Norma .. sejak kedatangan kaBayu Atmaja baiknya yang cantik tu!” Geram Norma Yunita bila teringatkan gadis itu. Sakit hati Norma Yunita bila terbayang wajah cantik itu. Memang dia benar-benar cantik! Hidungnya lebih mancung dari Norma Yunita, kulitnya putih dan halus. Bukan seperti Norma Yunita yang berkulit sowo matang. Matanya besar dihiasi bulu mata yang panjang dan lentik serta keningnya hitam lebat. Pipinya gebu dan licin macam kulit tomato. Bibirnya mungil dan merah jambu tanpa perlu disapu gincu. Rambutnya pula panjang lurus separas dada. Hati lelaki mana yang tidak tertaBayu Atmaja. Norma Yunita tahu beza antara dia dan gadis itu bagaikan langit dengan bumi.Norma Yunita pandang ke dalam cermin, pantulan dari cermin memaparkan wajahnya yang masam mencuka. Dia lihat keningnya yang nipis, matanya yang kecil dan bulu mata yang pendek. Kulitnya tidak sehalus dan segebu gadis itu. Bibirnya pucat saja. Kalau tidak memakai gincu langsung tidak menarik. Norma Yunita mula bencikan rupanya! Dia ingin kelihatan cantik, lebih cantik dari gadis itu! Norma Yunita bandingkan pula dirinya dengan gadis itu, dia hanya mendapat Diploma dalam bidang Pengurusan dan sekarang jadi kerani biasa di sebuah syarikat swasta. Gadis itu pula baru habis belajar di luar negara dengan gelaran Sarjana Muda Undang-undang. Kalau dapat kerja nanti, pasti gajinya menjangkau angka dua ribu. Ah! Gadis itu umpama permata yang berharga, manakala Norma Yunita bagai pasir yang bertaburan dijalanan. Norma Yunita mengeluh lagi. “Pasti Bayu Atmaja tidak berminat untuk bersamaku lagi.. Bayu Atmaja sudah menjumpai gadis yang sesuai dengan dirinya..” kata Norma Yunita sendirian. Norma Yunita sedar, Bayu Atmaja tidak setaraf dengannya, lelaki itu berkerja sebagai Timbalan Eksekutif di syarikat ibunya. Mereka adalah golongan berada, bukan macam Norma Yunita yang sederhana. Namun hati Norma Yunita masih berharap, dia berharap Bayu Atmaja akan kembali mesra seperti dulu. Norma Yunita ingat perkenalan mereka yang singkat tapi bermakna. “Encik Haris ada?” itulah kata-kata Bayu Atmaja ketika masuk ke pejabatnya untuk menemui bos Norma Yunita, yang merupakan pelanggannya. “ Emn.. dia keluar sekejap! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” ujar Norma Yunita sambil mengkagumi rupa paras lelaki yang berdiri didepannya. Bayu Atmaja kacak sekali. Senyumannya lembut dan suaranya lunak. “Emn.. tak apalah! Biar saya tunggu dia..” “Oh.. kalau begitu.. silakan..” Bayu Atmaja duduk di meja menunggu yang menghadap meja Norma Yunita, Norma Yunita sesekali melirik pada Bayu Atmaja yang membelek-belek majalah yang tersedia di atas meja itu. Bila sedar dirinya diperhatikan, Bayu Atmaja melemparkan senyuman menaBayu Atmajanya. Norma Yunita jadi tersipu malu. Tidak lama kemudian bosnya Encik Haris kembali. Bayu Atmaja segera masuk ke bilik pejabat Encik Haris. Waktu tengahari, Norma Yunita turun makan di restoran berhampiran, ketika Norma Yunita menunggu pesanannya, tiba-tiba satu suara menyapa.“Boleh saya join kamu?” Norma Yunita agak terkejut bila melihat Bayu Atmaja berdiri di tepi mejanya. “Semua meja telah penuh..” ujarnya lagi dengan senyumannya yang mencairkan hati Norma Yunita. Norma Yunita agak tergagap tetapi mempersilakan Bayu Atmaja duduk semeja dengannya. Mereka mula berbual dan memperkenalkan diri masing-masing. Mula-mula perbualan mereka agak lembab, tapi Bayu Atmaja pandai berjenaka. Norma Yunita tak henti-henti ketawa dibuatnya. Bayu Atmaja menyerahkan kad namanya pada Norma Yunita, dia juga membayar semua harga makanan. “Terima kasih, belanja saya makan..” ujar Norma Yunita sebelum mereka berpisah. “Call saya kalau ada masa..” laung Bayu Atmaja sebelum pergi. Norma Yunita menggangguk. Hatinya berbunga riang. Sejak hari itu, mereka kerap berhubung. Bayu Atmaja selalu bercerita tentang apa saja dengannya. Bayu Atmaja akan meluahkan apa saja yang ingin dikongsikannya pada Norma Yunita. Lama kelamaan hubungan Norma Yunita dengan Bayu Atmaja menjadi erat. Putik-putik cinta bersemi. Bayu Atmaja melamar cintanya pada hari lahirnya yang ke dua puluh lima tahun. Dengan sejambak bunga, kek harijadi dan seutas rantai. Norma Yunita tidak akan lupa betapa bahagianya hati Bayu Atmajaitanya hari itu. Bagaikan seorang puteri yang mencapai impiannya.Tapi itu dulu, sebelum kehadiran gadis cantik yang baru pulang dari luar negara. Kini Bayu Atmaja semakin sibuk. Dia tidak ada masa untuk menghubungi Norma Yunita. Dia sudah ada teman lain untuk berkongsi cerita mahu pun masalah. Kalau dulu, Norma Yunitalah tempat mengadu bila hatinya resah atau terlalu penat dengan kerja, kini ada gadis lain yang mengambil alih peranan itu. Norma Yunita semakin terkilan. *************** Norma Yunita tidak menghubungi Bayu Atmaja lagi selepas dia ternampak gadis itu keluar dari rumah Bayu Atmaja. Norma Yunita tidak mahu menjadi muka tembok yang tidak tahu malu. Biarlah Bayu Atmaja menghubunginya jika lelaki itu masih ingat padanya. Norma Yunita ingin menganggap hubungannya dengan Bayu Atmaja sudah berakhir. Dia mengambil keputusan itu setelah memikirkannya masak-masak. Walau pun tiada kata putus antara mereka, Norma Yunita lebih rela daripada mendengar kata perpisahan dari mulut Bayu Atmaja. Namun setelah dua minggu, Bayu Atmaja tidak juga menghubunginya. Hati Norma Yunita semakin remuk redam. “Hai Norma .. mendung je muka kamu kebelakangan ni..” Sapa Harun, rakan sekerjanya. “Kau jangan sibuklah!!” “Eh! Marah?” Sakat lelaki itu lagi. Norma Yunita tarik muka masam. Dia memang selalu bermuram durja gara-gara hubungannya dengan Bayu Atmaja yang dingin itu. “Aku bukan apa Norma .. tapi sebagai kaBayu Atmaja, aku kesian juga tengok kau ni.. badan pun dah susut.. kau makan hati ya?”Harun bersuara lagi. Norma Yunita tantang muka Harun dengan tajam. Dia tidak suka orang lain masuk campur dalam hal peribadinya. “Aku dah lama tahu hubungan kau dengan Encik Bayu Atmaja tu.. aku rasa baik kau lupakan saja dia tu.. aku rasa kau pun tahu, Helina sudah balik dari luar negara. Si cantik tu akan bertunang dengan encik Bayu Atmaja tak lama lagi.” Lancar benar Harun menceritakan hal itu. Darah Norma Yunita rasanya tersirap hingga ke umbun-umbun. Dia tidak menyangka hubungan Bayu Atmaja dengan gadis cantik itu sudah sampai ke tahap bertunang. “Dari mana kau dapat tahu semua ni Harun?” tanya Norma Yunita was-was. Betul ke budak Harun ni? Banyak sangat dia tahu tentang Bayu Atmaja. “Kau hairan? Aku sepupu Helina, memang la aku tahu banyak tentang dia dan Bayu Atmaja..” Sahut Harun dengan yakin. Norma Yunita tertunduk, matanya mulai terasa panas. Ada manik-manik jernih yang bertakung dibibir matanya. Sampai hati Bayu Atmaja!Hendak bertunang pun Bayu Atmaja tidak memberitahunya. “Mereka dijodohkan oleh keluargakah?” tanya Norma Yunita lagi. Dia berharap Bayu Atmaja berbuat demikian kerana terpaksa. Norma Yunita enggan menerima hakikat kalau Bayu Atmaja benar-benar mengkhianati cintanya! “Sudahlah Norma Yunita.. jangan berharap lagi! Helina tu memang kekasih dia.. sebelum kau bersama Bayu Atmaja lagi.” Hati Norma Yunita hancur berkecai mendengar kebenaran itu. Jadi selama ini Bayu Atmaja menipunya. Selama ini dialah pihak ketiga. Dia hanya sebagai boneka Bayu Atmaja kala Helina tidak ada bersama. Cuma sandaran sementara saja! Patutlah Bayu Atmaja tidak memperkenalkannya pada Helina bila Helina baru pulang. Bayu Atmaja kata kaBayu Atmaja sepermainannya dari kecil lagi baru pulang dari luar negara. Tapi sedikit pun dia tidak bersuara untuk memperkenalkan Norma Yunita pada gadis itu, jadi memang benarlah Helina adalah kekasih lama seperti jangkaan Norma Yunita! Sakit hati Norma Yunita terasa semakin dalam. Jantungnya seakan ditikam-tikam dengan pisau yang amat tajam. Dia benci Bayu Atmaja. Dia benci Helina! Mengapa mereka melukakan hatinya. Mengapa Bayu Atmaja mencambahkan cinta dihatinya, tapi kini dengan kejam membunuh cinta itu tanpa belas kasihan! “Kenapa dia tidak beritahu aku?” kata Norma Yunita seolah-olah bertanya pada Bayu Atmaja. “Entahlah Norma .. dia mungkin takut kau akan berjumpa Helina dan mengaku sebagai kekasihnya.. pasti hubungannya dengan Helina akan terjejas jika itu berlaku..” Ada benarnya juga kata-kata Harun itu, patutlah Bayu Atmaja enggan dihubungi. Dia takut rahsia hubungannya dengan Norma Yunita terbongkar. “Harun.. aku nak cuti setengah hari, hari ini.. tolong bagitau Encik Haris, katakan aku tak sihat..” Norma Yunita mengemas mejanya. Dia ingin pulang ke rumah dan menangis sepuas-puasnya. Dia ingin meraung dan menjerit untuk melepaskan kesakitan yang sarat berbuku didadanya. Harun mengangguk. Dia kelihatan amat bersimpati dengan Norma Yunita. Norma Yunita segera mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Dea Senior, adik sepupunya. “Kakak ni.. tolong ambil kakak di pejabat!” kata Norma Yunita sebaik saja tNorma Yunitan disambungkan. “Ai! Awalnya.. ada apa hal kak?” “Kakak tak sihat hari ni.. kau di mana sekarang?” “Saya masih di bandar ni.. ada temuduga pukul 11.00 a.m., habis temuduga nanti saya ambil kakak macam mana?” Norma Yunita mengeluh. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tapi Dea Senior pula sibuk. Adik sepupunya itu baru tamat belajar dan sedang mencari kerja. Dia dihantar dari kampung oleh ibubapanya untuk tinggal bersama Norma Yunita sementara mendapatkan pekerjaan. Dea Senior akan menghantar dan mengambilnya dari kerja setiap hari. Norma Yunita baru saja membeli sebuah kereta kancil tapi dia tidak mempunyai lesen memandu. Nasib baiklah Dea Senior sudah mendapatkan lesen memandu, secara tidak langsung Dea Senior menjadi pemandu sementara kepada Norma Yunita yang baru memohon lesen memandu dan masih dalam proses pembelajaran. “Tak apalah! Kakak naik bas saja..” “Eh! jangan lah..! Dea Senior datang sekarang..” “Kan kau nak temuduga.. nanti terlewat pula.. sekarang dah pukul 10.30 a.m..” “Alah.. masih sempat!” TNorma Yunitan terus diputuskan. Norma Yunita mengeluh. Dea Senior berkeras mahu menghantarnya pulang meski pun dia ada temuduga. Norma Yunita terpaksa menunggu. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi hon di luar. Norma Yunita segera keluar dan masuk ke perut kereta. “Tengok.. sudah pukul 10.40am.. mana sempat!” ujar Norma Yunita sambil menunjukkan jam tangannya pada Dea Senior. “Sempat.. bukannya jauh!” balas Dea Senior sambil ketawa kecil. “Ha.. nak bawa laju lah tu! Dea Senior.. kakak rasa baik Dea Senior pergi tempat temuduga tu, kakak tunggu di kereta.” Cadang Norma Yunita. “Emn.. idea yang baik..” Dea Senior setuju. Kereta segera meluncur ke tempat yang dituju. “Eh! Kau temuduga di sini?” Dea Senior angguk. Norma Yunita kenal benar dengan bangunan itu. Bangunan itu adalah milik ibu Bayu Atmaja. Jadi Dea Senior pergi temuduga di syarikat milik keluarga Bayu Atmaja. Norma Yunita benar-benar tidak senang hati! “Dea Senior kejap saja.. kakak tunggu ya!” Dea Senior bergeges masuk ke dalam bangunan itu. Norma Yunita mendengar radio sementara menunggu Dea Senior masuk ke dalam. Tiba-tiba sebuah kereta masuk parking benar-benar di sebelah keretanya. Norma Yunita macam kenal kereta itu, dia menoleh memandang pemandunya. Norma Yunita tersentak, Bayu Atmaja! Lantas Norma Yunita berpura-pura tidak melihat Bayu Atmaja. Norma Yunita menundukkan kepalanya sambil membaca surat khabar yang dibeli Dea Senior. Bila Norma Yunita sudah pasti Bayu Atmaja telah pergi barulah Norma Yunita tercangak-cangak mencari kelibat lelaki itu. Perasaannya bercampur baur. Dia pun tidak tahu mengapa dia mengelakkan diri dari bersemuka dengan Bayu Atmaja. Biarlah hubungan mereka berlalu bagai angin yang datang menyapanya untuk seketika. Rasanya tak perlu lagi Norma Yunita hendak berperang besar dengan Bayu Atmaja atau Helina. Norma Yunita sedar siapa dirinya. Kalau nak rajuk biar pada yang sayang, kalau orang dah tak sudi buat apa Norma Yunita nak terhegih-hegih menagih perhatian Bayu Atmaja. Namun jauh di sudut hati Norma Yunita, dia merasa cukup pedih dan sengsara. Cinta yang mekar di hatinya itu bukannya mudah hendak dibuang dalam sekelip mata! Ketika dia sibuk merenungi nasib diri, tiba-tiba Dea Senior muncul mengetuk cermin kereta. Di belakangnya kelihatan Bayu Atmaja yang memandangnya dengan wajah penuh misteri. Norma Yunita segera membuka tingkap. “Kakak.. saya telah diterima bekerja di sini.. emn! Ni lah bos saya.. katanya nak jumpa kakak..” kata Dea Senior sambil tersenyum simpul. Hati Norma Yunita menjadi tidak keruan. Dia memandang muka Dea Senior dan Bayu Atmaja silih berganti. “ Emn.. boleh kita cakap sendirian..?” Kata Bayu Atmaja dengan tenang. Norma Yunita terasa lidahnya kelu. Dia yakin, Bayu Atmaja mahu berterus terang dengannya kini. Terasa air mata mula bertakung di bibir matanya. Norma Yunita mengangguk perlahan. “Norma naik kereta Bayu Atmaja?” Bayu Atmaja membuka pintu keretanya. Norma Yunita angguk lagi. Dia segera keluar dari kereta kancilnya dan masuk ke dalam kereta Honda Bayu Atmaja. “Dea Senior balik dulu lah!” kata Norma Yunita pada Dea Senior. Dea Senior agak kehairanan kerana bakal bosnya mengajak kakak sepupunya masuk ke dalam keretanya pula. Tapi Dea Senior tidak membantah. Dia masuk ke dalam kereta dan beredar. “Kita pergi tempat biasa?” kata Bayu Atmaja lembut. Norma Yunita tidak menyahut. Dia hanya terbayang puncak bukit di mana mereka selalu menghabiskan masa bersantai di situ. Dengan membawa sedikit bekalan, mereka seolah-olah berkelah di puncak bukit itu. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Helina. Norma Yunita yakin, Bayu Atmaja hendak bercakap tentang hubungan mereka pada hari ini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka mengunjungi puncak bukit yang indah itu. “Kenapa diam?” Norma Yunita menoleh memandang Bayu Atmaja. Bayu Atmaja melirik padanya sambil terus memandu. “ Emn.. tak ada apa..” Sahut Norma Yunita malas. Sebenarnya dia mahu meluahkan segala yang berbuku di hatinya. Dia mahu tanya tentang Helina dan mengapa Bayu Atmaja merahsiakan hubungannya dengan Helina selama ini. Norma Yunita ingin sekali mengamuk dan meradang atas sikap Bayu Atmaja yang mempermainkan hati dan perasaannya. Namun, Norma Yunita hanya membisu, dia tidak tahu hendak berkata apa kepada Bayu Atmaja. Cintanya pada Bayu Atmaja begitu dalam dan Norma Yunita pasrah jika terpaksa mendengar khabar buruk itu hari ini. Sepuluh minit kemudian mereka sampai di puncak bukit. Suasana tenang dan dingin. Tapi hati Norma Yunita semakin ketakutan. Takut menghadapi kata-kata perpisahan dari Bayu Atmaja. Bayu Atmaja kejam kerana mempermainkan harga dirinya. Norma Yunita tidak mahu kelihatan bodoh dengan mengamuk atau melenting pada Bayu Atmaja yang nyata menjadikannya sebagai boneka mainan. Itulah tekad Norma Yunita. Norma Yunita ingin terus bersabar! “ Kenapa diam saja dari tadi Norma ..?” tanya Bayu Atmaja lagi. Dia memandang mata Norma Yunita seolah-olah mencari-cari sesuatu di situ. Wajah Norma Yunita muram saja. Tidak ada apa-apa di matanya kecuali kedukaan. “Cakaplah apa yang Bayu Atmaja nak cakap..” ujar Norma Yunita membuang pandangannya dari wajah Bayu Atmaja. Bayu Atmaja menarik nafas berat. Sukar untuk memulakan kata-kata. “ Bayu Atmaja tahu, Norma Yunita kecil hati kerana Bayu Atmaja seolah-olah menjauhkan diri dari Norma .. maafkan Bayu Atmaja..” Bayu Atmaja mula membuka kata-kata. Norma Yunita mengigit bibir menahan sendu di hatinya. “Norma pun tidak mahu menghubungi Bayu Atmaja lagi.. Norma juga seolah-olah tidak mahu ambil tahu tentang Bayu Atmaja lagi..” Sambung Bayu Atmaja. Norma Yunita terus membisu, dia enggan berkata apa-apa. Biarlah Bayu Atmaja menyampaikan kata-kata terakhirnya sebelum mereka berpisah. Norma Yunita bersiap untuk mendengar kebenaran yang pasti menyakitkan itu. “Biarlah Bayu Atmaja berterus terang dengan Norma …” Norma Yunita segera membelakangkan Bayu Atmaja. Dia tahu apa yang bakal didengarnya. Airmatanya sudah luruh. Bayu Atmaja tidak menyedari airmata itu kerana Norma Yunita segera menyembunyikan wajahnya dengan menghadap hutan yang tebal. “ Bayu Atmaja..” suara Norma Yunita serak. “ Boleh tak Bayu Atmaja tak payah cakap apa yang Bayu Atmaja nak cakap..” Norma Yunita masih membelakangi Bayu Atmaja. Suaranya bergetar, Bayu Atmaja mula perasan ada pergolakan dalam perasaan Norma Yunita. Dia ingin sekali memujuk. “ Norma .. Bayu Atmaja tahu Norma merajuk! Bayu Atmaja tahu Bayu Atmaja salah.. Kita berdamai o.k?” Norma Yunita segera berpaling ke arah Bayu Atmaja. Bayu Atmaja terharu melihat airmata Norma Yunita yang bercucuran itu. “Sampai hati Bayu Atmaja.. Norma tahu Norma tak sepadan dengan Bayu Atmaja, tapi kenapa Bayu Atmaja tak terus terang dengan Norma ? Sepatutnya Bayu Atmaja tak perlu minta maaf dengan Norma .. biarkan saja Norma ! Kawin sajalah dengan kekasih hati Bayu Atmaja tu.. sampai hati Bayu Atmaja permainkan perasaan Norma ..” Tersembur keluar semua yang berbuku dihatinya. Wajah Bayu Atmaja nampak terkejut. “Kenapa? Bayu Atmaja tak sangka Norma sudah tahu hubungan Bayu Atmaja dengan Helina? Bayu Atmaja fikir Norma tak tahu Bayu Atmaja nak bertunang dengannya? Cukuplah Bayu Atmaja.. jangan nak siksa hati Norma lagi..” Ucap Norma Yunita separuh menjerit. Bayu Atmaja tercengang memandangnya. “ Mana Norma dapat cerita ni?” “ Itu tak penting.. yang penting mengapa Bayu Atmaja permainkan perasaan Norma .. kenapa Bayu Atmaja mahu bersama Norma sedangkan Bayu Atmaja dah ada Helina..” “ Norma .. Norma .. Norma ! Bayu Atmaja tak faham.. mana Norma dapat cerita Bayu Atmaja nak tunang dengan Helina, sumpah Norma ! Dia cuma kaBayu Atmaja baik Bayu Atmaja dari kecil lagi. Dia bukan kekasih Bayu Atmaja!” Norma Yunita mula diam, tangisnya reda mendengar kata Bayu Atmaja. Mereka berpandangan. “Betul..?” tanya Norma Yunita sambil mengesat airmatanya. Bayu Atmaja angguk. “Tapi kenapa Bayu Atmaja tak kenalkan Norma dengan dia? Kenapa Bayu Atmaja jauhkan diri sejak dia datang?” Bayu Atmaja tarik nafas berat. Dia melangkah ke keretanya dan mengambil sesuatu. “Nah!” Beberapa keping gambar dihulurkan kepada Norma Yunita. Norma Yunita membelek semua gambar itu. Semuanya gambar dia bersama Dea Senior, ketika dalam kereta, di jalan raya dan di perkarangan rumah. “Kenapa ada gambar Norma dan Dea Senior..?” tanya Norma Yunita tidak faham. “Kerana gambar inilah Bayu Atmaja menjauhkan diri dari Norma .. beberapa minggu lepas, satu surat dikirimkan pada Bayu Atmaja. Dalam surat itu ada gambar Norma dan Dea Senior. Kononnya Dea Senior adalah tunang Norma .. Norma telah ditunangkan oleh keluarga Norma .. Bayu Atmaja pun frust la bila dapat tahu..” cerita Bayu Atmaja dengan tenang. “Tapi kenapa Bayu Atmaja tak tanya pada Norma ?” Kata Norma Yunita dengan wajah yang lebih cerah. Sisa-sisa airmata sudah hilang. “Itulah silap Bayu Atmaja! Bayu Atmaja mahu Norma sendiri yang berterus terang dengan Bayu Atmaja.. tapi Norma sikit pun tidak cakap apa-apa, Dea Senior tinggal serumah dengan Norma .. tapi sedikit pun Norma tidak memberitahu Bayu Atmaja.. tentulah Bayu Atmaja salah faham. Bayu Atmaja geram, marah dan benci pada Norma sebab tu Bayu Atmaja malas nak layan Norma .. malas nak sambut call Norma .. Manalah Bayu Atmaja tahu Dea Senior tu adik sepupu Norma .. mujurlah dia datang temuduga tadi, Bayu Atmaja masih cam muka Dea Senior dalam gambar tu. Bayu Atmaja memang nampak Norma dalam kereta tunggu Dea Senior tadi, tapi Bayu Atmaja tak tegur Norma kerana Bayu Atmaja masih salah faham dengan Norma , tapi lepas temuduga Dea Senior tadi, Bayu Atmaja tanya Dea Senior siapa gadis yang tunggu dalam kereta? Barulah Bayu Atmaja tahu Dea Senior adalah adik sepupu Norma .. barulah Bayu Atmaja tahu selama ni Bayu Atmaja salah faham dengan Norma .. Bayu Atmaja nak minta maaf, Norma ?” Norma Yunita termangu mendengar cerita Bayu Atmaja. Rupanya ada kisah yang diluar jangkaannya. Siapa pula yang mengambil gambarnya dengan Dea Senior dan mengatakannya bertunang? Norma Yunita keliru. “Bayu Atmaja tak tunang dengan Helina?” “Sumpah tidak! Siapa yang cakap ni..” “Harun.. sepupu Helina! Katanya Bayu Atmaja memang kekasih Helina sebelum Bayu Atmaja bersama Norma lagi.. katanya tak lama lagi Bayu Atmaja akan bertunang dengan Helina.. Lagi pun Bayu Atmaja semakin menjauhkan diri dari Norma sejak dia datang..” jelas Norma Yunita. Dia mula ragu dengan kata-kata Harun. “Mestilah Bayu Atmaja jauhkan diri dari Norma masa tu, sebab Bayu Atmaja marah pasal gambar Norma dengan Dea Senior.. Bayu Atmaja malas nak kenalkan Norma dengan Helina kerana masa tu Bayu Atmaja benar-benar salah sangka pada Norma .. maaf ye sayang..” Bayu Atmaja menarik tangan Norma Yunita dan memandang tepat ke matanya. Norma Yunita angguk sambil menarik nafas lega. Dia menyangka Bayu Atmaja hendak memutuskan hubungan tapi kini sebaliknya. “Memang benar Harun tu sepupu Helina, tapi hairan mengapa dia nak menghancurkan hubungan kita pula?” Kata Bayu Atmaja penuh tanda tanya. Norma Yunita angkat bahu. Kini hatinya lega. Gadis cantik itu ternyata tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan Bayu Atmaja. Rupanya semua masalah itu hanyalah salah faham dan fitnah orang lain. Cemburunya pada gadis itu hilang serta merta. “Dan hairan.. siapa pula yang ambil gambar Norma serta hantar kat Bayu Atmaja? Sudah jelas ada orang yang mahu musnahkan hubungan kita?” Kata Norma Yunita pula. “Ya! Mungkin Harun juga?” Norma Yunita mengganguk tanda setuju dengan kata-kata Bayu Atmaja itu. mereka berpandangan. Saling tersenyum. Mereka tidak peduli apakah motif Harun, yang paling penting kini mereka sudah kembali bersama. “Maaf ya?” tanya Bayu Atmaja sekali lagi. “Norma juga..” Balas Norma Yunita. “Sia-sia saja Bayu Atmaja bencikan Norma .. tahu-tahu cuma salah faham..” Kata Bayu Atmaja sambil ketawa kecil. Teringat akan sikapnya beberapa minggu yang lepas. Seluruh isi rumah menjadi tempatnya melepaskan marah. Berbakul-bakul leteran ibu kepadanya kerana sikapnya menjadi garang tidak tentu pasal. Anak-anak buahnya di pejabat pun tidak berani curi tulang, takut pada Bayu Atmaja yang tidak semena-mena bertukar angin. Bos yang dulunya peramah dan mesra menjadi bengis tak menentu. Pantang silap sikit adalah yang kena marah! Semuanya pasal gambar yang diterimanya itu. Helina pun selalu merungut dengan perangainya yang selalu berubah angin. Hendak berlawak jenaka pun susah. Kalau senyum pun bagaikan terpaksa! “BenarkahBayu Atmaja bencikan Norma ?” Tanya Norma Yunita menduga. “ Ya! Benci sangat.. benci tapi rindu..ha ha ha.. merana betul Bayu Atmaja menanggung rindu tidak jumpa Norma beberapa minggu. Kadang-kadang Bayu Atmaja harap Norma akan call atau SMS Bayu Atmaja.. tapi bila buka handset.. sunyi saja..” luah Bayu Atmaja tentang perasaannya ketika musim dingin hubungan mereka. “Norma juga.. nak call Bayu Atmaja.. tapi teringat Helina mungkin sedang bersama Bayu Atmaja..” Ujar Norma Yunita pula, mereka tertawa bersama. Rupanya mereka sama saja, cemburu buta! “Dea Senior cakap Norma tak sihat? Minta hantar balik rumah..” tanya Bayu Atmaja dengan muka bimbang. Muka Norma Yunita memang pucat saja tadi. “Emn..” Norma Yunita tersenyum nipis. Kini dia kelihatan berseri-seri. “Norma sakit apa?” tanya Bayu Atmaja lagi sambil sentuh dahi Norma Yunita. “Sakit hati..” jawabnya dengan menahan senyum. “Oh.. rupanya! Sakit hati kenapa boleh senyum?” ujar Bayu Atmaja setelah mendapat tahu. Dia turut senyum meleret. Norma Yunita hanya menolak bahu Bayu Atmaja dengan manja. Bayu Atmaja tertawa melihat riaksi Norma Yunita. “Norma ..” Panggil Bayu Atmaja dengan suara romantis. Norma Yunita mendongak ke arah wajah lelaki yang dicintainya itu. Rindu benar hatinya pada Bayu Atmaja. Mujurlah semuanya sudah berubah baik. “Emn..” “Jom kita kawin?” Mata Norma Yunita terbelalak. Dia menatap wajah Bayu Atmaja minta kepastian akan lamaran yang tiba-tiba itu. “Kenapa? Tak sudi?”Tanya Bayu Atmaja lagi. “Bayu Atmaja lamar Norma ?” Angguk. “Bunga? Cincin? Takkan nak lamar macam ni saja?” usik Norma Yunita dengan senyum nakal. Bayu Atmaja ketawa besar. Dia menarik Norma Yunita masuk ke dalam keretanya. Norma Yunita kehairanan. “Jom kita pergi beli bunga dan cincin!!” balas Bayu Atmaja sambil masuk ke dalam perut kereta. Kereta meluncur laju menuju ke bandaraya. “Mulai saat ini.. kalau ada apa-apa masalah, kita mesti bincang! Jangan simpan sendiri dalam hati.. o.k?” bisik Bayu Atmaja sambil memimpin tangan Norma Yunita menuju ke kedai bunga terhampir. Norma Yunita mengangguk. Wajahnya penuh dengan senyuman bahagia. Dugaan seperti itu mungkin datang lagi. Tapi kalau saling cinta menyintai, kalau saling kasih mengasihi dan kalau saling mempercayai antara satu sama lain, apa pun dugaannya pasti dapat diredah bersama. Ternyata dugaan cinta itu berlalu juga!